23 December 2010

2010

Mungkin ini entri terakhir utk thun 2010.

2010, tahun yg menarik utk aku.
byk catatan sejarah. biarlah ia tersimpan dan sentiasa diingati.

Tahun 2010,
tahun pertama sebagai pelajar ijazah sarjana muda jurusan Petroleum Geosains.
Ape kisahnya?

Dalam kelas aku, pd semester jan 2010, ade 12 org kemudian bertambah lg seorg pd semester july 2010, menjadikan, 13 org ahli kelas aku.
ye 13 org je classmate aku. aku, hazim, pale, zubair, puwang, epul, nabil, dewa, phua, derick, chin, ida n farahin.
walaupun 13, meriah je kelas aku nih. kelas x sunyi, malah lg bising dari kelas yg ada 100 orang.
dalam kelas x membosankan, malah lagi bahagia dr kelas yg ade 100 org.
lgpun, klu aku tido dlm kelas, 12 org je yg tgk aku tido, tu pun klu 12 org lg tuh x tido jugk dlm kelas!. hahha. . so, xrase segan pun nk tido dlm kelas. hahha.
klu x dtg kelas pun, lecturer xtahu. sbb dlm kelas tuh memg sikit. hahha. yg nih memg sure aku tipu rr. mesti rr lecturer seng detect lau x dtg kelas. tp, cool je la. xyah rr gigih2 nak dtg kelas slalu kan. hahha. .
tgahari je, makan nasik ayam kt kafe v5. 1 deret meja cukup 13 org duduk. x sush kan nak mkn bersama2? classmet sikit. hu3.

cerita debat pula.
debat ini kegilaan aku di universiti.
tahun 2010 bermula dgn kekalahan aku di Debat Terbuka ASTAR. debat ini adalah pentas utk mencungkil bakat pendebat2 baru universiti, seperti aku. sedikit kecewa bila kalah. tp dari kekalahan aku mengenalpasti kelemahan diri aku sendiri dan pasukan aku.

kemudian, lama juga aku stop debate, sehinggalah ke cuti semester jan 2010. asalnya, aku hanya merancang utk menjadi pemerhati utk Debat Alam Sekitar edisi 2010.Tp, tiba2 mendapat amanat utk menjadi wakil univct dgn posisi baru ykni sebagai 2nd speaker. Ini adalah first debat utama aku. Memg gelisah dan rasa cuak seawal aku dimaklumkan aku terpilih menjadi wakil. Rasa cuak itu dibawa2 sehingga ke pentas debat. memg cuak. Namun, Alhamdulillah, berkat usaha bersama 'Alza Angels', UTP menempa kejuaraan. Dan disitu juga pentas akhir pertama yg aku jejaki. pasti aku xkan lupa.

kemudian, aku teruskan perjuangan dengan menyertai debat 1 Malaysia. Kali ini aku berada pada posisi kekal sebagai 1st speaker. Hasratnya sebagai preparation ke debat diraja dan Alhamdulillah,pasukan aku berjaya melangkah ke semi-final. hasrat utk meng debat 1 malaysia dinokthakan oleh pasukan UiTM.

terakhir sekali, aku menyertai debat diraja. Amat tragis bila sejarah berulang. Di pentas suku akhir debat diraja, sekali lagi pasukan utama UTP dikalahkn UKM. dengan keputusan yg serupa dgn tahun lalu. hasrat meng berganda utk UTP tidak kesampaian apabila UTP muda juga tewas di suku akhir oleh pasukan UPSI.Dengan keputusan itu, tamatlah perjalanan debat aku utk tahun 2010.
Tidak lupa juga, tahniah kepada pasukan debat BM UTP kerana berjaya mendapat Anugerah Khas Pencapaian Cemerlang MADUM apabila kita dimaklumkan berada di kedudukan pertama berdasarkan pencapaian kita sepanjang tahun 2010. Alhamdulillah. Misi kejuaraan diteruskan. InsyaAllah.

0 komen:

Post a Comment